ABANG LONG FADIL 3 (M)



Filem "Abang Long Fadil 3" mengisahkan tentang kehidupan Fadil yang menerima tawaran dari "NSS" (NASIONAL Secret Service) untuk menjadi pengintip "Spy" profesional dalam menjatuhkan sebuah kumpulan kongsi gelap terbesar "SSO" (Secret Society Organization) diketuai oleh "Chow Han" yang berniat jahat untuk menakluk negara nusantara. Ejen Fadil kini bekerjasama dengan Ejen Alice untuk menjatuhkan konspirasi jahat Chow Han, tetapi keadaan menjadi rumit apabila "Yana" bekas teman wanita Fadil mengganggu misi NSS. Chow Han menyedari NSS sedang mengintip beliau, lalu menghantar seorang pembunuh upahan "King Cobra" untuk menghapuskan Fadil dan Alice. Mampukah Fadil menyelesaikan misi ini untuk menyelamatkan negara? Segalanya akan terjawab dalam filem "Abang Long Fadil 3"