JAGAT ARWAH (INDO)



Apabila ayahnya meninggal secara mengejut, Raga (Ari Irham) mewarisi keupayaan istimewa untuk melihat makhluk halus di sekelilingnya sebagai Aditya VII, keturunan pelindung yang ditugaskan untuk menjaga Batu Jagat untuk mengekalkan keseimbangan antara alam ghaib dan alam manusia. Raga mendapat bantuan sahabat baik ayahnya, Jaya (Oka Antara) yang melatihnya untuk menguasai kuasa baru. Dibantu dengan 3 makhluk halus, Nonik (Cinta Laura), Kunti (Sheila Dara) dan Genderuwo (Ganindra Bimo), Raga mesti melindungi Batu Jagat daripada kuasa kejahatan. Mampukah Raga menjaga keseimbangan antara dunia manusia dan dunia ghaib?